Jika kamu membayangkan bahawa suatu saat kamu
bisa terbang ke angkasa dengan bebas dengan sebuah alat canggih, itulah saat
dimana kamu menggunakan kekuatan super kamu yang satu ini. Setiap manusia pada
dasarnya memiliki imaginasi yang terbatas untuk menciptakan idea-idea baru,
gambaran, serta konsep yang luar biasa bila diaplikasikan dalam kehidupan
nyata. Namun, masih sedikit manusia yang menggunakan kekuatan super ini untuk
menciptakan sesuatu yang hebat. Perlu diingat, meskipun imaginasi hanya ada
dalam fikiran manusia, tidak menutup kemungkinan bahawa manusia boleh
mewujudkan apa yang ada di imaginasinya.
Rabu, 19 Oktober 2016
Cerita Pendek Imaginasi
Cerita di atas diambil daripada laman sosial Twitter di mana pencerita mengisahkan dirinya ketika berumur 11 tahun. Namun, nasib menyebelahinya apabila menyedari terdapat rokok yang menyala dan hampir terkena kepada selimut ibunya. Kanak-kanak tersebut bertindak untuk memadamkan api yang menyala.
Sudut imaginasi daripada cerita di atas dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa sekiranya "suara" yang didengari ketika sedang tidur tidak mengejutkan kanak-kanak tersebut, pasti rumahnya akan mengalami kebakaran. Kanak-kanak tersebut dapat menggambarkan imaginasi tersebut ketika memaksanya untuk bangun dan membuatkan dia berasa takut dan ingin melihat sekeliling rumahnya andai ada apa-apa kejadian yang terjadi. Imaginasi kanak-kanak ini membantunya untuk terselamat daripada terlibat di dalam kebakaran.
Meskipun sesetengah pembaca akan melihat cerita ini dari sudut kewujudan makhluk halus namun apabila diteliti semula pada cerita ini yang menyatakan bahawa suara tersebut membawa kanak-kanak tersebut untuk melihat kejadian di mana api yang menyala dan bukannya menunjukkan sesuatu yang berbahaya kepadanya. Sama seperti suara hati seseorang manusia apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku pasti akan berasa tidak senang hati.
Ahad, 16 Oktober 2016
Maksud Imaginasi
Imaginasi membawa maksud daya khayal atau daya kemampuan seseorang individu menggambarkan sesuatu dalam angan-angan dan mencipta sesuatu secara khayalan. Kanak-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Namun begitu, bukan sahaja kanak-kanak yang berimaginasi akan tetapi orang dewasa juga sering berimaginasi. Setiap percakapan, perbuatan dan imaginasi kita akan dirakam oleh minda separa sedar. Minda separa sedar akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap kata-kata dan imaginasi kita. Oleh itu, dengan berimaginasi ia akan mendatangkan kesan yang positif dan juga negatif. :)
.
Khamis, 13 Oktober 2016
Filem Pendek (Imaginasi)
Satu filem eksperimentasi oleh pelajar New Media Design Technology (USM).
Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang mengalami masalah hidup dan mencipta dunia imaginasi.
Sebuah filem pendek karya pelajar Universiti Sains Malaysia
(USM) yang menceritakan mengenai kehilangan semangat dan harapannya dalam
kehidupannya. Pada awalnya, lelaki ini menceritakan keperluannya hanya pada
teknologi terkini. Ali menjadi semakin tidak tenang memikirkan
persoalan-persoalan yang melibatkan permasalahan dalam kehidupannya. Dapat
dilihat imaginasi Ali yang membayangkan wujudnya haiwan besar dan kenderaan
berteknologi tinggi. Namun setelah disoal beberapa kali, Ali menceritakan
bahawa dia merupakan seorang penulis. Ketika itu, Ali menulis mengenai seorang
lelaki yang mempunyai masalah di dalam hidupnya namun hasil dipertikai tetapi
Ali tetap mempertahankan karyanya. Perubahan cerita berlaku apabila sampai
giliran Ali untuk menjadi imaginasi kepada si penyoal.
Cerita ini menggambarkan bahawa fikiran menjadi taruhan
kepada sesuatu perkara. Ali ada menyebut bahawa “Setiap orang mampu
berimaginasi dan berfikir.” Filem ini juga menunjukkan pada awalnya Ali merupakan
seorang yang berimaginasi dan selepas itu bertukar kepada si penyoal untuk
berimaginasi di mana siapa jua kita, kita semua mampu untuk berimaginasi.
Khamis, 6 Oktober 2016
Puisi Imaginasi
![]() |
Rintik hujan
Guruh bergelegaran
Burung-burung berterbangan
Angin menghembus ringan
Langit berubah kelam
Senja makin menghitam
Mataharipun sudah tenggelam
Hanya ditemani secarik kertas
Berpayung pada kanvas
Menarikan pena dengan bebas
Belum puaskah kau pergi?
Tak ingin lama menyendiri
Hanya kau teman diri ini
Wahai sang imajinasi.
Kau teman yang setia
Memberiku banyak warna
Tuk tuangkan segala rasa
Rasa yang ada dalam jiwa
Suka duka kau selalu ada
Tanpa pernah meronta
Tanpa membedakan pula
Wahai kau imajinasiku yang setia
Puisi by : Putry Galau
Langgan:
Catatan (Atom)



