Rabu, 19 Oktober 2016

Cerita Pendek Imaginasi


Cerita di atas diambil daripada laman sosial Twitter di mana pencerita mengisahkan dirinya ketika berumur 11 tahun. Namun, nasib menyebelahinya apabila menyedari terdapat rokok yang menyala dan hampir terkena kepada selimut ibunya. Kanak-kanak tersebut bertindak untuk memadamkan api yang menyala.

Sudut imaginasi daripada cerita di atas dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa sekiranya "suara" yang didengari ketika sedang tidur tidak mengejutkan kanak-kanak tersebut, pasti rumahnya akan mengalami kebakaran. Kanak-kanak tersebut dapat menggambarkan imaginasi tersebut ketika memaksanya untuk bangun dan membuatkan dia berasa takut dan ingin melihat sekeliling rumahnya andai ada apa-apa kejadian yang terjadi. Imaginasi kanak-kanak ini membantunya untuk terselamat daripada terlibat di dalam kebakaran.

Meskipun sesetengah pembaca akan melihat cerita ini dari sudut kewujudan makhluk halus namun apabila diteliti semula pada cerita ini yang menyatakan bahawa suara tersebut membawa kanak-kanak tersebut untuk melihat kejadian di mana api yang menyala dan bukannya menunjukkan sesuatu yang berbahaya kepadanya. Sama seperti suara hati seseorang manusia apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku pasti akan berasa tidak senang hati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan