Mereka... tiga
orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh
dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana
latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu
digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang
tidak berubah menjadi igauan buruk.
Suhaila -
Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit.
Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar
kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran.
Kamil -
Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa
sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal
menjadi korban percintaan?
Hafiz -
Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai
adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara
seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya
cinta mereka terus bernyawa?
Abam - Lelaki
lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita.
Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya
ditolak Juita.
Suatu ketika,
keajaiban berlaku. Juita pula berubah sebaliknya, mencintai Abam. Bagaimanapun,
Abam tidak semena-mena berubah akibat dirasuk semangat saka Suhaila. Apakah
cinta Juita berjaya memulihkan semangat rasuk yang menyinggahi Abam?
RAMLEE AWANG
MURSHID menerapkan nilai cinta dalam IMAGINASI. Kisah ini tampak lembut di
luar, tetapi keras dan gila di dalam. Berlarilah tanpa menoleh untuk
menyelamatkan nyawa sendiri. Apabila cinta itu berjaya menjangkau, maka tiada
jalan untuk kembali. Pembebasan hanya mampu dilakukan dengan pengorbanan yang
harus dilakukan dengan tulus ikhlas. Kerana cinta itu memiliki kuasa magisnya
yang tersendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan