Khamis, 13 Oktober 2016

Filem Pendek (Imaginasi)


Satu filem eksperimentasi oleh pelajar New Media Design Technology (USM).
Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang mengalami masalah hidup dan mencipta dunia imaginasi.

Sebuah filem pendek karya pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang menceritakan mengenai kehilangan semangat dan harapannya dalam kehidupannya. Pada awalnya, lelaki ini menceritakan keperluannya hanya pada teknologi terkini. Ali menjadi semakin tidak tenang memikirkan persoalan-persoalan yang melibatkan permasalahan dalam kehidupannya. Dapat dilihat imaginasi Ali yang membayangkan wujudnya haiwan besar dan kenderaan berteknologi tinggi. Namun setelah disoal beberapa kali, Ali menceritakan bahawa dia merupakan seorang penulis. Ketika itu, Ali menulis mengenai seorang lelaki yang mempunyai masalah di dalam hidupnya namun hasil dipertikai tetapi Ali tetap mempertahankan karyanya. Perubahan cerita berlaku apabila sampai giliran Ali untuk menjadi imaginasi kepada si penyoal.


Cerita ini menggambarkan bahawa fikiran menjadi taruhan kepada sesuatu perkara. Ali ada menyebut bahawa “Setiap orang mampu berimaginasi dan berfikir.” Filem ini juga menunjukkan pada awalnya Ali merupakan seorang yang berimaginasi dan selepas itu bertukar kepada si penyoal untuk berimaginasi di mana siapa jua kita, kita semua mampu untuk berimaginasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan