Rabu, 2 November 2016

Imaginasi Sebuah Lukisan


Melalui sesebuah lukisan yang menarik, ianya boleh mengembangkan imaginasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, lukisan tersebut boleh ditafsir dan diberi makna oleh mereka yang menggemari sesebuah seni. oleh itu, ianya secara tidak langsung, menjadi landasan asas bagi masyarakat untuk melihat sesuatu perkara diluar kotak pemikiran manusia. disamping itu, sesebuah lukisan dapat mengikat masyarakat dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual manusia. sesebuah lukisan itu boleh menjadi satu mesej kepada masyarakat yang memerlukan masyarakat untuk berimaginasi bagi memahami mesej tersirat tersebut.

Ahad, 30 Oktober 2016

Imaginasi Mengatasi Fikiran


Imaginasi yang luar biasa dapat memberikan suatu pemikiran yang melebihi batas pemikiran yang biasa. Imaginasi antara manusia adalah berbeza. Seseorang yang mempunyai imaginasi yang tinggi dapat menjadikan kehidupan lebih seronok kerana dapat berfantasi melebihi batas pemikiran yang biasa dan berbeza daripada orang lain. Apabila seseorang berimaginasi lebih tinggi, lebih banyak idea yang dapat dilakukan dalam kehidupan seharian. Dalam penghasilan sesebuah karya, penulis menggunakan imaginasi yang tinggi untuk menghasilkan cerita yang mampu manarik minat pembaca. Imaginasi seseorang manusia mampu melebihi pengalaman dan daya ingatan. Apabila berimaginasi, semua perkara yang diluar jangkaan mampu menjadi realiti walaupun hanya berimaginasi sendiri kerana imaginasi mampu membawa seseorang itu keluar daripada kehidupan realiti ke alam fantasi.

Khamis, 20 Oktober 2016

Imaginasi Ketika Tidur


Tidur sekejap untuk menghilangkan rasa letih. Dan pada masa yang sama anda akan bermimpi. Mimpi adalah permainan tidur. Kebanyakan mimpi berlaku hasil daripada khayalan, Imaginasi manusia tentang sesuatu hal dan gambaran yang amat diingini atau ditakuti. Cukuplah sekadar tidur sekejap dan anda bisa membayangkan sesuatu keadaan dengan bermimpi. Bisa juga untuk mewujudkan idea-idea yang baru. :)

Rabu, 19 Oktober 2016

Khayal Sang Pecinta


Khayal Sang Pecinta dalam Puisi Imaginasi

Ingin kutorehkan sebaris tulisan berisikan puisi
Puisi itu bercerita sebuah idea khayalku yang nyata
Kumulai mencoret kertas-kertas imaginasi
Air mata dan darah sebagai tinta
Ku hadiahkan semua ini bagi yang tak membaca dan tak melihat
Hanya senyum manis tertera penuh pesan menyudutkan puisi
Tatapan mata sebagai langkah puisiku telah mulai sirna bak siang yang mulai terkikis awan hitam
Sebagai pujangga yang tak pernah tertera dalam daftar seniman
Hanya cinta yang dimiliki sebagai modal segala penghargaan yang tenggelam bersama jasad diselimuti kafan

Ali Arrida

Filem Pendek : Imaginasi Si Buta



Seorang lelaki menjalani kehidupan dalam dunia gelap. Pendengaran dan sentuhan dapat membantu beliau untuk berimaginasi. Dia ingin membuktikan bahawa dunia orang buta bukanya kesedihan dan kegelapan.

Sebuah filem pendek mengenai imaginasi apabila mengetengahkan watak seorang lelaki yang mempunyai masalah penglihatan namun lelaki tersebut mempunai dunianya sendiri. Membayangkan bahawa dia mampu melihat kepada persekitaran dengan jelas, mampu hidup seperti manusia lain yang jelas penglihatannya. Filem ini bukan sahaja menunjukkan di mana meskipun masyarakat sekitar melihat bahawa tidak mampu melihat seperti orang lain merupakan satu kelemahan namun video ini memaparkan bahawa hebatnya kuasa tuhan dengan minda yang manusia ada meskipun tidak jelas pada mata namun masih mampu berimaginasi.

Daripada sudut penulisan cerpen, idea yang boleh didapati daripada filem pendek ini berdasarkan skop imaginasi apabila gambaran seseorang yang mempunyai kekurangan namun masih diberi peluang untuk merasakan suatu nikmat penglihatan secara imaginasi serta berbeza dengan orang lain. Filem pendek ini turut membawa makna di mana mereka melihat mereka yang mempunyai cacat penglihatan pada sudut yang boleh menguruskan diri sendiri, masih merasakan nikmat penglihatan dalam minda dan bukannya hanya mengharapkan kepada masyarakat sekeliling.

Karya Ramlee Awang Murshid


Mereka... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang tidak berubah menjadi igauan buruk.
Suhaila - Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran.
Kamil -  Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal menjadi korban percintaan?

Hafiz - Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa?

Abam - Lelaki lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya ditolak Juita.

Suatu ketika, keajaiban berlaku. Juita pula berubah sebaliknya, mencintai Abam. Bagaimanapun, Abam tidak semena-mena berubah akibat dirasuk semangat saka Suhaila. Apakah cinta Juita berjaya memulihkan semangat rasuk yang menyinggahi Abam?

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan nilai cinta dalam IMAGINASI. Kisah ini tampak lembut di luar, tetapi keras dan gila di dalam. Berlarilah tanpa menoleh untuk menyelamatkan nyawa sendiri. Apabila cinta itu berjaya menjangkau, maka tiada jalan untuk kembali. Pembebasan hanya mampu dilakukan dengan pengorbanan yang harus dilakukan dengan tulus ikhlas. Kerana cinta itu memiliki kuasa magisnya yang tersendiri.

Imaginasi Dan Kanak-Kanak


ARKIB : 07/04/2008

Pembacaan, imaginasi sains pada kanak-kanak
Oleh RAJIAH HASAN

KANAK-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Mereka belajar menerusi imaginasi. Imaginasi kanak-kanak kadang-kadang melangkaui jangkaan. Di antara individu yang paling memberi kesan terhadap imaginasi kanak-kanak ialah mereka yang paling rapat dengannya, iaitu ibu bapa atau pengasuh.
Menurut Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap penyelidik daripada University of Oregon in Eugene, kanak-kanak menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka.
Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara yang sukar mereka fahami dalam kehidupan, seperti masalah keluarga, isu ketuhanan, mahupun dunia kanak-kanak sebelum kelahiran.
Kanak-kanak juga gemar berimaginasi bagi mengatasi kesakitan dan kedukaan yang mereka alami.
Pakar psikologi Alison Gopnik dari University of California, Berkeley pula mengatakan bahawa kanak-kanak sudah boleh berimaginasi seawal usia sembilan bulan.